me kaseh

Tuesday, August 11, 2009

patah semangat ngan vespa

Time besh2 main vespa ni.aku ada masalah keluarga lah plak ngan teman istimewa aku.aku ni ada semangat pun sebab dia gak yang sokong aku.satu agi aku ada plak masalah ngan vespa.ada ah tu masalah aper.aku malas nak piker pasal vespa lagi.aku piker sal awek aku yang nak blah ni.argh tak tahu ah hidup aku ni.lumrah hidup kata org.aku perlukan seseorang yang boleh bagi aku semangat.tolong aku!!!....sape yang sudi teman aku ngan vespa aku.

scootgath mesramall

Sabtu 27hb Jun 2009,sek bespa kerteh buat event vespa kat mesramall.aku ni bawak balik vespa aku,jadi aku pergilah.buat ramai2kan org.haha.ok ah event ni.aku pun baru lagi ngan event2 ni.besh gak ah.ada ah ni gambar2 sket.

aku bleh gayer nge jobot org jer...hehe


Sket jer aku xpuas hati ngan event ni.sebut nama vespa mesti ah old skool kan.but ader lak kat event ni buat indie fest.kalo ada nyanyi sahaja xper.ni siap buat cam gig la plak.kalo yer pun buat la joget lambak,haha.orang tua yang datang kat situ duk tengok jer.ape dorang kate.kan bagus buat pop yeh yeh ke.ada ah kombinasi sket ngan vespa.hope lain kali buat la pop yeh yeh yer.haha.

perjalanan ke kerteh.


Pagi tu aku balik ke rumah bedo.siap2 mandi siap2 barang2.aku pun sedia tunggu kacang ngan member dia.kacang xjadi naik vespa dia sebab api xberapa ok.dia naik motor member dia lagenda.nak gerak jer vespa aku pulak buat hal.aku bawak dulu sampai umah sewa reena. Lepas tu nizam baiki ,cek2.pastu ok ah sket.lepas tu kami pun behenti minum air kelapa kat tepi jalan tu.lepas tu kami isi minyak penoh2.terus gerak.kami lalu ikut kl.aku bawak vespa aku samapi aku lalu bandaraya dan dah nak kuar dari kl. Nak naik fly over vespa aku mati tiba2.aku pun turun balik duk lam trowong tu.tengok2 wayar plug aku masuk dalam kipas tercabut.aku pun betolkan.lama tu nizam patah balik jalan kaki.jauh gak tu.vespa aku hidup.aku terus ke vespa nizam.dia ambik vespa dia.terus pergi kat kacang duk benti.aku pun benti kejap.rehat2.ambik2 gambar.kami terus kan perjalanan sampai kat stesyen minyak ampang.kami terus dan berhenti sebelum genting sempah.Aku bawak vespa aku tu ada semput2 skit.lepas tu kacang nak bawak espa aku.aku naik lagenda.masa kat trowong tu vespa aku mati lagi.takut yang amat bagi kacang.aku dah kat depan dah masa tuh.dia berhenti ketatkan koil yang longgar.aku sampai kat petronas tunggu kacang ngan nizam.selepas dorang sampai.duk kat situ jap.pastu terus gerak. aku pun bawak plak vespa aku.nak sampai kat temerloh.vespa nizam mati palk.mati xhidup.plug kering.tukar plug ok.rehat kejap dia ajak kami pergi temerloh jap .sampai kat tol temerloh.cek vespa nizam balik tengok2.dia paikai mainjet kecik.pastu pergi songsang nak cari mainjet besar.sampai sana.xder jugak.pakai yang besar sikit.motor dah banyak problem da.lepas2 makan.kami gerak.sampai kat RNR depan tu behenti balik sebab nak korek mainjet tu sebab xpadan gak.tunggu lepas tu ok .teruskan perjalanan sehingga sampai kat RNR gambang.kami berhenti makan nasi lemak.siap2.pastu rehat jap/nak gerak.nak hidupkan enjin aku.starting keras.aku ingat dah jem dah.nizam tengok2.dia cakap macam ada yang jatuh dalam enjin tu.aku kena bukak gak enjin tu.aku pun bukak ngan kacang nizam tidur ngan sorang lagi.lepas bukak .ada besi macam skru ada dalam tuh.buang semua.
aku pasang balik ngan kacang.aku leh gak belajar nak bukak enjin.lespas tuh ada bahagian xpasang agi.tunggu nizam.kejut izam.xnak bangun.aku pun tidur2 ayam kat situ.sampai pagi tu.bagus gak kalo balik awal pagi..nak pasang balik.nizam ajak minum air.baru duduk .dia tanya handset dia mana.xsampai lima minit.hilang.cari2 xjumpa.lepasterus gerak bali.vespa nizam makin teruk.terus jer.lepas nk sampai jabor.vespa dia mati.aku terus tunda vespa dia.
sampai kat trowong nak sampai sungai ular.start x hidup gak.aku tunda sampai depan tu.hidup.kami gerak macam biasa.sampai la kat masjid kemaman. Kami rehat kejap.pastu vespa aku plak yang buat hl.kabel gear longgar.lepas btolkan terus pergi behenti kat rumah kacang.rehat kejap.aku pun gerak.nak gerak tuh.nizam pergi dulu.vespa aku ni nak mati jer.nak kata xder minyak.ader jer.aku pun terus sampai kat petronas mesramall. mati plak.aku nak cek plug.spanar plug plak xder.semua spanar kat aku ada.spanar plug xder.bengang btol.dah ah nak sampai rumah.aku duk try bukak.xleh gak.pastu sampai kereta tengok nizam ngan abang aku kuar.datang kat aku.aku pun terus pergi spanar plug. Tukar2.ok.terus ke vespa nizam.aku behenti ka kedai mustaqim .makan jap.pastu sampailah vespa aku ke rumah aku.pergh lega lepa seharian berjalan.besh wooo…

berkenalan ngan geng vespa kajang..

Masa aku sampai tu.kacang ada kat rumah tu sekali dengan nizam.aku kenal la dengan kacang pada aritu.kat rumah tu ramai gak ah yang pakai vespa.sorang dua jer yang xpakai.kat rumah tu aku kenal boy,azhar,bean,panjang.pada petang tu ada yang datang lepak kat rumah yang dating bini bedo.reena.lama tu bedo pun sampai gak.tengah lepak tengok nizam ngan kacang duk baiki vespa masing2 nak gerak balik.malam tu aku ngan nizam pergi tidor kat umah bedo. Esokkan tu hari jumaat.aku ngan nizam selambanya ke masjid xpakai helmet.kene sound kat polis.hehe.sampai jerk at masjid.aku intai2 gak kat situ ada x vespa.xder pon.malam tu aku pegi lepak kat mamak mana entah.sebab nak jumpa member nizam yang nak beli px200 dia.lama kemudia reena pun datang, lepak gak.lama tuh ada vespa sip cusom datang.nizam kenalkan yang dia tu keropok bonbon dalam forum ah.but aku tak tahu ah nama dia sebenar.hehe.malam tu aku ke rumah dia nak baiki super member dia xhidup.aku xlarat esok nak balik ke kerteh plak.aku tidor jer biar nizam baiki.hehe.aku pun tidur.bonbon tu ok ah.siap cakap buat ah cam umah sendiri.aku pun tidur.selepas aku duk tengok jobot adik dia dalam umah tu..

perjalanan dari batu pahat ke kajang…

Pagi-pagi aku bangun siap2.aku terus ke vespa ku.aku hidupkan enjin.aku aku terus gerak melalui pintu pagar kolej aku .angkat tangan kat pak guard tu.aku terus bawak sehingga nak sampai ke ayer hitam ada sebuah kereta kancil lalu ditepi aku. Dia Tanya kepadaku yang aku nak balik kampong ke.aku mengya kan.dia Tanya balik mana.aku jawab balik ke Terengganu. Dia cakap pergh,baik-baik jalan. Masa tu aku sangat senang hati baru je gerak ada yang bagi aku semangat.tu yang besh tu.hehe.aku melalui tol.terus menuju ke kl.sampai di pagoh aku tengok ada dua buah motor lc.aku pun behenti Tanya kenapa.xder minyak.aku nak bagi minyak aku.dia cakap member dia dah beli dah kat seberang. Aku terus bawak ,ada gak yang tengok aku bawak.aku buat selamba jer.hehe.aku pun terus sampai ke seremban.behenti sekejap .aku matikan enjin.selepas ke tandas aku hidupkan balik enjin motor.taknak hidup.ada pakcik tu dating cakap try cek plug.aku cek.pastu bersihkan .aku start ,hidup.pergh lega.aku bawak laju sikit sebab dah tengahari.panas.aku pun terus.lepas jer dari tol tu.vespa aku tiba-tiba bunyi kuat.cuba teka?nape?.hehe ekzos aku tercabut la.hehe.aku matikan vespa aku.aku toleh ke belakang.dalam seratus meter ada ah.jauh tu.nak sampai kat ekzos tu.ada abang ngan anak dia naik motor wave tolong angkat ekzos tu.malu gak aku.dia ajak tumpang sampai kat vespa aku.yang bagus nya.sampai je kat ekzos tu ,ia da sejuk,kelakar pun ada. Pastu aku pun cari dawai2 kat tepi jalan nak ikat ekzos aku.atas cakap nizam.aku pun teruskan perjalanan.dengan kelajuan 40-50 km/j.slow nak mampus.aku masuk RNR seremban.ekzos aku jatuh lagi.aku matikan enjin.ada pakcik tu dating kat aku Tanya nape,aku duk kejap pergi beli air.lama aku duk piker ada brader india datang.dia tu bisu.tapi baik.dia pinjamkan aku barang nak baiki.kerana aku takder.selepas siap aku pun teruskan lagi sampai la aku masuk ke exit bangi.terus ke rumah botak.samapi jugak ke kajang.lega bettor…

Sunday, July 26, 2009

Perjalanan ke kajang pula....

selepas aku sampai ke kolej aku.aku terus menuju ke kajang untuk lepak dan kenal2 ngan dak vespa kajang.lagipun nizam pun dulu kerja kat situ.sia ajak aku sementara aku takde kelas.aku bawak kete sorang2 sebab dia dah tidur.aku bawak la sampai kat seremban dia pun terjaga.dia suruh aku exit ikut bangi.akut keluar ikut tu terys cari stesyen minyak.sampai kat situ.minyak plak takder kat stesyen tu.pergi lagi stesyen lain.pastu terus ke rumah botak.(aku tak tau nama sebenar,nizam panggil camtu).pastu aku kenal la lagi ngan dak vespa.esoknya aku pergi ke rumah ayah cik aku.petang tu aku pergi kat umah bedo nak teman nizam baiki vespanya.pastu aku pergi ke bestari jaya.

Friday, July 24, 2009

Johor Bharu

erm..aku ni memang xtau ape2 pun pasal vespa dulu.tapi aku dah suka vespa.aku pergi ke jb ngan nizam.seperginya aku ke jb untuk melawat arwah.selepas itu.aku pergi ke rumah Haji Rahim juga penjual vespa dan barang2 untuk megetahui cerita yang sebernarnya.selepas itu aku dibawa ke rumah sewa dak2 vespa masai untuk kenal ngan diorang oleh nizam kerana dia ingin kenalkan aku dengan dak2 vespa di jb.senang untuk masa depan.selepas itu aku dibawa ke rumah nasha iaitu abang nizam.di pasir gudang.dah lewat malam aku pun tidur.keesokkan harinya.aku keluar dari rumah tu pergi ke rumah bapa saudara nizam.kat situ juga satu lagi minat aku.iaitu mini cooper.tapi bia ah aku dah keje aku dah ada rumah sendiri.ada 2,3 buah jugak ah kat situ.geram aku tengok.kami singgah kat bengkel geng masai.kat situ aku jumpa 50cc.
selepas itu aku gerak ke rumah apul,member nizam untuk barang.dan mengajak apul ke kedai welding.selepas itu kami ke bengkel haji rahim.kemudian aku dikenalkan bengkel dan rumah boy lambretta jb aku jumpa vespa super sport.rare ni.erm ramai gak ah aku kenal nanti.
selepas itu kami pergi ke rumah apul balik dan siap2 ambik barang.lepas tu aku dan nizam balik ke rumah nasha.sesampainya aku dirumah nasha.nizam terus siap barang2 untuk baiki vespa nasha.malam tu aku ke bengkel boy lagi untuk ambik lml nasha yang sudah siap baiki.kat situ aku jumpa vespa design paul smith.selepas follow nasha balik.aku dan nizam gerak balik ke kolej aku..ke kajang plak..

Wednesday, June 24, 2009

Penjual barang vespa wak yahya meninggal dunia..

Erm..aku begitu terkejut dengan berita yang disampaikan kepadaku oleh nizam pada pagi 10.6.09.dengan sayu mendengar berita tersebut.aku sebelum ini ingin mengenali beliau kerana barangnya murah dan dia pun baik hati.aku sebelum ni ingin pergi membeli barang dengan nya.tetapi ada saje yang menjadi peghalang kepadaku.pape pun al-fatihah kepada arwah..

Tuesday, May 26, 2009

Akademi vespaapple..

Selepas vespaku di naik tarafkan dengan barang yang baru di beli daripada nizam.vespaku berwajah baru.


selepas siap semuanya.pelatih pertama memberanikan diri ingin membawa vespaku.dia ialah hibry.

pelatih kedua iaitu abe ih.dengan dipelawa oleh aku.


pelatih ketiga iaitu mahfuz.selepas menunggu abe ih.dia ditemani oleh hibry.


seorang lagi pelatih yang sedang menunggu giliran.iaitu shukor di temani oleh abe ih.


saat ditunggu oleh syukor.dia dibantu oleh abe ih.


Dan tenaga pengajarnya ialah aku.hehe..


p/s:-semoga diorang menjejaki langkahku.amin.
-penyertaan masih lagi dibuka,

Monday, May 25, 2009

Penundaan BAD..

Cuti tampa bengkel diambil kesempatan untuk balik ke kampung.hehe.boring.aku blik aku nak cari barang vespa gak.aku dapat satu barang.hehe.kisah penundaan ni bila vespa abg aku nak bawak pegi repair.aku terpaksa tunda.beratnyer.semasa perjalanan.hujan turun aku terpaksa berhenti sebentar.aku terpaksa gak redah hujan.sejuk gila ah nak sampai rumah nizam ni.dungun plak tu.takpe,amalan murni untuk menghidupkan satu lagi jentera besi.duniaku membangun..


Hari2 ke bengkel.


ni la motor buruk ku yang selalu membawaku ke bengkel.buruk bukan sebarang buruk,buruk tu ada marketnya...

Nak dijadikan cerita.

Aku pulang ke kolej...keesokkannya,aku dan shukor pergi ke rumah toknbah untuk mengambil vespaku bawa ke kolej.aku pergi dengan motor mirul kerana motorku bocor.aku pergi kerumah itu.kelihatan tiada orang.aku menelefon amir.dia kata orang takde kerana pergi kenduri.aku keluar dulu .selepas beberapa jam,aku pergi semula.ada orang.aku mengambil vespaku.aku hidupkan.hidup.aku pasang penutup kaburatorku.tidak boleh.minyak turun kat plug.aku simpan balik.keesokkannya,aku dan shukor pergi balik.dengan membawa plug baru.aku pasang.tidak dapat dihidup,aku terus memeriksa api.tiada.aku membuat keputusan untuk membawa ke bengkel.aku menunda shokor ke bengkel bujal.aku tinggal kat kedai tu kerana tidak sempat.aku pulang.keesokanya pulak.aku pergi ke bengkel tu balik.aku tengok dah siap.koil api kena tukar kerana sudah rosak.selepas bayar aku bawa pergi kerumah toknbah.aku tanya shukor nak bawa motor ape balik.dia nak naik vespaku.aku simpan motor aku.aku periksa minyak.ada.aku terus bawa.selepas aku masuk gear 2.aku nak masuk gear 3 mati.aku periksa minyak.nak dijadikan cerita.aku takde kredit.shukor tamat tempoh.bagus kan.aku start balik.hidup.aku bawa balik sama macam tadi.5 atau 6 kali aku buat camtu.sehingga la nak sampai parit daun.aku suruh shukor untuk tanya kat kedai.ada ke tak topup atau minyak.shukor pulang kembali dengan hampa.shukor ckap kita patah balik jer ah.aku pun patah balik.aku start balik hidup.aku bawa laju2 sebab nak lajak.hehe.tak sampai gear 2 dah mati.aku suruh shukor tolak sampai kedai cendol.dan nak dijadikan cerita.aku mintak cendol dua.pastu aku tanya minyak ada jual tak dekat2 sini.akak tu cakap tu depan tu ader kedai jual minyak.dalam hati aku lega.haha.aku makan abis cendol.aku terus pergi beli minyak.aku isi minyak pastu aku start.syukur hidup.aku pun bawa balik.sampai jer depan bengkel bujal tu.aku angkat tangan.aku balik ke kolej.selamat sampai.

Thursday, May 21, 2009

Perjalanan ke Muar (4Mei2009)..

Selepas semua yang berkenaan rehat,kami semua bersiap2 untuk bergerak ke muar.eee xsabar ni.Aku,Paih,Akmal serta Adek bergerak dengan menaiki dua buah motosikal.kami berhenti di bank tabung haji dekat dengan bus stand b.p ,paih memberhentikan motor berhampiran dengan pondok polis.tiba2 kami dipanggil ,polis berkenaan telah meminta lesen,ic dan roadtax daripada kami.sementara diperiksa ,kami sempat berbual dengan salah seorang polis lain.selepas itu ,aku dan paih ke bank.selepas selesai urusan bank.akmal dan adek sampai.kami bergerak ke kedai makan pokok senai yang dikatakan boleh tahan masakannya.kami pun pilih meja yang sesuai.kami memesan makanan dan minuman.aku yang tak bernasib baik.air hampir habis baru sampai makanan aku.selepas selesai.kami seterusnya bertolak ke muar.dalam perjalanan.kami mengharungi hujan renyai2.kami putuskan untuk meneruskan perjalanan.selepas kira2 45minit.kami telah menemui signboard muar.kami terus ke bandar muar.kami berhenti di padang.kami sampai dalam pukul 4.30p.m .kami menunggu masa.semua benda kami buat.dahlah paih terlupa bawa kameranya.rugi2.kami sampai terbaring dikai lima.hehe.kami sempat bergambar2 dengan handphone paih.kami buat keputusan untuk pergi minum.kami berhenti di sebuah gerai berhadapan pejabat trafik muar.apalah nasib kami.ais tiada lagi buat masa tu.terpaksa la betul2 minum petang.hehe.perghhh..boring gler.dah bengang da.apabila waktu menuju senja.telefonku berdering.saudara tu memberitahu aku ,tak sopan kalau pergi rumah orang waktu maghrib.kami tunggu lagi.kemudian.dia call aku lagi.aku diberitahu untuk pergi ke kedai tersebut.setelah kami jumpa kedai tersebut.aku dan paih ingin buang air plak.aku dan paih terus pergi mencari tandas.sempat kami tersesat.hehe.akmal menyuruh kami terus ke kedai ,mungkin tandas ada.kami meneruslkan perjalanan.akmal dihadapan kami.tiba2 akmal terlajak.aku dan paih mengejar akmal.kami patah balik ke ke kedai itu.kami pergi ke meja hujung.kami berjumpa dengan mod aya.dia menunjukkan vespa itu kepada kami.kami tengok keadaan vespa itu.selepas itu kami duduk dimeja.kami berbincang tentang harga.aku bersetuju.kau dan mod aya pergi ke bank untuk ambik duit.mereka pergi ke rumah foreman.aku dan mod pergi ke rumah itu.motor tengah di setting.selepas selesai.aku bayar.dan kami bertolak pulang.dalam pukul 10 lebih.aku bawak vespa.paih dengan adek.akmal seorang.kami teruskan perjalanan pulang.aku ditinggal oleh mereka.aku terus bawak dengan keadaan biasa.sampai di b.p.aku tertinggal kerana trafic light.aku tersekat di trafik light,aku belok kiri terus.aku tahu yang jalan itu ada jalan keluar.entah macamana aku tersesat.hehe.aku berhenti memeriksa minyak.aku teruskan perjalana.aku keluar gak akhirnya.lega.aku terus balik.sampai di depan pintu pagar u.pakguard berdiri dan memberi laluan kepada aku.aku sampai dikolej.kau parking.dan tengok handphone aku,terlihat ada misscall sebanyak 6 kali oleh paih.aku terus call dia balik.dia tanya aku ,aku berada dimana?aku memberitahunya sudah sampai.diaorang sampai.dia memberitahu aku bahawa dia takut aku tidak boleh masuk kerana wallet aku dengan adek.hehe.paih ambik vespa ku untuk belajar.hehe.keesokkannya.aku hantar vespaku dengan abg long ke rumahtoknbah..sebab cuti...

Sunday, May 17, 2009

matahari mahu menjelma....

semasa dipertengahan final untuk sem ni.aku balik kampung.aku pergi berjalan2 dengan member2 aku mustaqim,ezwan,awie dan azhar.diatas motor.aku dipanggil oleh seseorang.muncul nama nizam di telefon ku..dengan hati yang berdebar2.aku diberitahu membernya ingin menjual sprint v .em aku diberitahu motor itu ok.aku dengan gumbiranya berkata ok.aku pulang semula ke kolej.semasa sampai di stesen minyak segamat,aku menelefon nizam memberitahu ayang aku akan berangkat ke kajang malam itu.dia memberitahu aku oklah.beberapa minit kemudian ,aku menerima panggilan daripada dia blik yang mengatakan xpayah ambik motor tu atas sebab tertentu.dia berkata lusa dia akan pergi kat aku untuk mencari vespa bersama2.aku meng'ok'kannya.aku blik la dengan gembira.hehe.aku menantikan sehari2.pada malam sebelum aku pergi bersama nizam tu .aku menelefon dia bertanyakan jadi atau x.dia cakap maybe xboleh sebab penat bekerja katanya.dia memberikan no telefon kepada ku supaya aku berurusan sendiri.aku mengambil.selepas aku selesai menduduki exam yang terakhir ,aku menelefon saudara ni.aku bertanyakan tentang vespa yang nak dijual ni.vespa ni di muar.dan dijanjikan untuk sampai disana pada pukul 6 ptg.aku berehat sebentar.sementara menunggu masa.

sambung usahe....


pulangku dari psk bukan terus ke uth*,tapi bermalam di umah mudin.aku tidor di situ.em mudin telah memberitahu aku sedikit2 tentang vespa.die mencadangkan untuk mencari vespa yang mempunyai sat yang kasor.hehe untk keselesaan perjalanan jauh.aku pulang ke kolej.semasa untuk mengisi minyak aku sempat bergambar dengan vespa custom yang juga baru blik dari psk yang berasal dari segamat.comey x?.semasa berada di kolej.aku on9 scootering.com.my aku cari diruangan want to sell.aku tengok kot2 ader rezeki.ader.kat johor sprint v kat johor.dan super sprint di kl.aku terus call untuk tahu lebih lanjut.aku memperolehi maklumat sedikit2.erm aku bersama onga lagi pergi ke johor bharu untuk melihat sendiri .aku puas hati .tapi harganya tidak mampu bagiku.sayang sekali.em pulang ke kolej.aku pulang ke kampung untuk mecari nasib.malangnya tidak ada.aku try untuk tanya vespa di kl itu.ada.aku nego dengan nya.pada mulanya dapat.balik2 takdapat plak sebab dia tolong jual vespa orang.erm aku ok jeklah.dalam masa itu aku kenal ngan member shahmi n popmuck serta juga abg aku.iaitu nizam a.k.a 2T didlam forum.aku mesej dier tanya tentang vespa niaku tanya kalo ade yang nak jual.buat masa tu xder.pada ari khamis minggu adanya event di kuala kangsar.nizam mengalami kerosakan pada jobotnya dan terpaksa dibaiki.die telah exit di ayer hitam terus ke parit raja.dia telah menelefon aku untuk pergi ke kedai 25 jam.aku pergi walaupun xkenal dengannya.aku lihat dua orang yang sedang makan nugetaku pun tegur.nizam bersama abangnya.aku lepak cakap tentang vespa lor.erm aku memberitahu bahwa aku nak angkat super sprint dgan harga RM****.dia memberitahu aku supaya tidak ambik super sprint.dia mencadangkan ku untuk ambik super d,sprint v atau px.aku membuat keputusan untuk membatalkan untuk ambik super sprint tu.aku menyuruh dia mencari untuk aku.aku tunggu berita daripadanya..erm aku sungguh malang kerana tidak dapat menghadiri ke kuala kangsar.rugi2.